Faizalnayan.com
Cerita Seorang Guru

May
13

Debaran untuk disatukan sudah pun selesai. Tanggal 13 Ogos 2009 telah menyaksikan penyatuan dua jiwa ini ke jenjang pelamin. Tarikh itu juga menjadi titik permulaan kepada aku melayari kehidupan berumah tangga. Kini debaran aku dan Yanty Idayu menantikan kehadiran cahaya mata bukan sekadar mimpi indah malah menjadi realiti.

1

MZL_6977

18

Bagi aku, debaran hati isteri tetap sama seperti ibu yang lain yang sedang menantikan kelahiran anak sulung. Perasaan seronok dan teruja tidak mampu dibendung lagi walaupun kandungannya baru sahaja mencecah empat bulan. Kadangkala pelik bercampur gembira aku melihat perubahan yang berlaku pada isteri. Sampai satu tahap isteri aku tidak boleh terhidu bau makanan. Aku yang untung, sapu bersih…heheheheh. Tapi perasaan kesian dan takut tetap ada kerana takut membawa kesan kepada kandungnya.

Setiap kali aku melihat kad kesihatan isteri, terasa kesian yang sangat kepada beliau, aku sekarang berada di Pulau Pinang dan beliau berada di Kedah. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku semasa ketiadaan aku. Aku hanya boleh memeriksa kad kesihatan dan perkembangan kesihatan isteri serta keadaan kandungan pada hujung minggu apabila aku pulang ke Kedah. Dalam keadaan yang sibuk dengan kerja di pejabat, isteri aku perlu mengikuti jadual pemeriksaan kandungan untuk memastikan kandungan sihat. Yang pastinya, aku belum berkesempatan menemani isteri aku menjalani pemeriksaan kandungan. Tidak tahu bila aku berkesempatan untuk melihat sendiri anak dalam kandungan kerana setiap kali waktu pemeriksaan aku berada di Pulau Pinang. Sabar je ar…..masa akan tiba juga.

Pengalaman menjadi bapa kelak sememangnya aku tunggu-tunggu. Macam mana nak mendukung anak, dah ar aku ni jenis suka gelak, tak pandai nak serius…..mesti gelak ar nanti. tapi aku akan jadi bapak yang terbaik di dunia. Nanti bila hari bapa aku dapat hadiah dari anak-anak.hehehehe.

Dari segi persediaan pula, aku tidaklah bersedia sangat sebenarnya. Kata orang tua-tua, kita tak perlu beria-ia membuat pelbagai persediaan. Takut yang buruk berlaku pula. Jadi bila masuk sahaja bulan ke tujuh barulah aku mahu buat persedian sepenuhnya. Harapan tu, moga-moga anak yang di kandung tu sihat dan sempurna dari segi fizikal dan mental serta mampu jadi manusia yang berguna di dunia dan diakhirat…Amin.

May
12

Langkawi Geopark adalah nama baru pulau peranginan Langkawi. Langkawi Geopark merupakan satu jenama terbaru bagi menggambarkan keunikan taman geologi dunia di keseluruhan pulau Langkawi. Pelancong pencinta alam semulajadi dan geologi pastinya kagum dengan geopark yang terdapat di Langkawi. Langkawi diiktiraf sebagai geopark ke-49 di dunia dan pertama di Asia Tenggara oleh UNESCO

DSCN3602

Langkawi Geopark telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan , Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ke-52.Tiga pakar geologi UNESCO dari Ireland, China dan Perancis yang membuat penilaian di Langkawi mengakui keunikan geopark di Langkawi. Mereka diketuai oleh Dr. Margarete Patzak dari Perancis, Dr. Patrick McKeever (Ireland Utara) dan Prof. Zhao Xun dari China. Antara lokasi tinjauan mereka ialah di Kilim Geoforest Park di sekitar Kilim dan Tanjung Rhu, Pulau Dayang Bunting, Wang Buluh (Pulau Tuba) serta menghadiri acara kebudayaan di Laman Artis dan Kuala Triang. Mereka berada di Langkawi dari 29 Mac – 2 April 2007.

Menteri Pelancongan, mahu menjadikan jenama Langkawi Geopark dapat menarik jutaan pelancong ke Langkawi. Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Kamarulzaman Abdul Ghani menyatakan jenama ini cukup berkesan untuk menarik pelancong sebagaimana geopark di China.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Tenaga, Penerangan, Teknologi Maklumat Komunikasi dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ir. Nawawi Ahmad menyatakan LADA bersiap-sedia selama 11 tahun untuk tujuan ini.

Ekspedisi Saintifik dan Khazanah Alam 2003 di Langkawi diketuai Datuk Dr. Hashim Abdul Wahab. Seramai 150 saintis, penyelidik dan sukarelawan dari universiti tempatan menjalankan kajian dan pengumpulan data meliputi aspek geografi, sumber alam semula jadi, flora dan fauna, ekologi, tanah dan mikrobiologi.

Terdapat 35 spesies lumut dan 44 spesies rumpai mikro ditemui di sekitar kawasan Teluk Datai. 17 spesies cengkerik hidup turut direkodkan.Spesies ketam batu ( Geosesarma Foxi) yang hampir pupus telah ditemui di Gunung Raya. Ketam batu ini pernah direkodkan oleh B.H. Buxton juga di Gunung Raya pada 1914.Spesies ikan air tawar Angulia Marmorata yang dikatakan lebih 40 tahun tidak ditemui telah dijumpai di kawasan Temurun dan Telaga Tujuh.

Spesies tumbuhan yang tidak terdapat di kawasan lain di Malaysia terdapat di Langkawi. Antaranya ialah cycas clivicola (pokok bogak), paphiopedilum niveum (orkid), lagerstraemia langkawiensis (pokok bungor), globba fragilis (halia), asparagus vacemosus (asparagus liar), maxburettia gracils (pokok palm) dan hymenodictyon excelsum (kopi).Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Mohamad mengesahkan kajian tersebut

Langkawi merupakan lokasi formasi batuan tertua di Asia Tenggara berusia lebih 550 juta tahun dan batu ‘dropstone’ berusia satu bilion tahun boleh didapati.Tambahan pula Langkawi mempunyai 99 buah pulau yang romantik dan diselubungi pelbagai misteri legenda . Sudah pasti Langkawi dapat menyaingi pulau Bali dan Phuket.

lkw1

Pulau Langkawi seluas 478 km persegi merangkumi 99 gugusan pulau. Sebenarnya terdapat 104 buah pulau . 99 buah pulau sebagai satu gimik sahaja. Statusnya sebagai pulau bebas cukai akan merancak pemnbangunan pelancongan di zon NCER.

Sejak 1996, Lada bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengkaji dan menilai keunikan warisan tinggi .

  • Machinchang Geoforest Park – kawasan kambria berusia 450 – 550 juta tahun – yang memiliki batu tertua serta bukti sejarah awal usul bumi Malaysia dan Asia Tenggara.
  • Geoforest Park Kilim mempunyai landskap karst (batu kapur) yang unik dan antara yang terindah di dunia hasil hakisan serta cuaca .
  • Geoforest Park Dayang Bunting mengetengahkan marmar antara yang terbaik di dunia.

Langkawi Geopark telah dipilih untuk mengetuai Rantaian Geopark Asia Pasifik dalam Persidangan Geopark Asia Pasifik dan Perniagaan pertama yang telah diadakan di Langkawi pada 13 hingga 15 November 2007. 20 negara telah setuju membentuk Rangkaian Geopark Asia Pasifik . Negara utama ialah Malaysia, China dan Iran. Peserta lain datang dari Turki, Australia , Amerika Syarikat, Rusia, Indonesia dan Thailand.

Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo yang juga pensyarah UKM telah dilantik sebagai ahli Kumpulan Pakar Unesco dan Global Geopark Network (GGN).

Memorandum Persefahaman (MoU) antara Langkawi Geopark dengan Funiushan Geopark di wilayah Heinan, China diadakan pada November 2007

Kerajaan mengadakan promosi Langkawi Geopark di peringkat dunia di Scandinavia seperti di Oslo, Norway, Stockholm, Sweden dan Copenhagen, Denmark selaras dengan Tahun Melawat Kedah 2008. [4]

Kerajaan Malaysia memperuntukkan RM2 juta menyediakan infrastruktur di geopark Langkawi untuk kemudahan pelancong termasuk membina pusat penerangan, tempat rehat dan rekreasi, laluan hutan, pelantar tinjau, papan tanda dan landskap.Sebuah hotel baru dinamakan Hotel Langkawi Geopark .

DSCN3624

Padang golf bertaraf dunia dijangka siap 2009 dan membina hospital swasta sesuai dengan konsep pelancongan kesihatan. Acara sukan akan diteruskan seperti Le Tour de Langkawi (LTdL), Kejohanan Ironman Langkawi Malaysia Triatlon dan Kejohanan Regata Diraja Antabangsa Langkawi (RLIR).

Perkampungan tradisi Gunung Keriang berhampiran Muzium Padi dengan 18 calet, kilang padi mini dan sebuah rumah tradisi lengkap dengan alatan tradisional pertanian. Laluan gua dengan keindahan pemandangan batu kristal sepanjaang 300 meter terus ke perkarangan Muzium Padi.

May
12

Hari ni nak cite pasal ‘mee udang banjir Kuala Sepetang’ yang aku n kawan sekelas makan time kita orang buat lawatan  kat sane nun….bukan ape..kan orang asyik perkatakan pasal mee udang kat Kuala Sepetang tu kan..aku tau pasal mee udang ni pun kat majalah 3, nak jugak rasa mee udang ni sampai majalah 3 boleh buat news. Best sangat ke rasa dia sampai orang ramai sampai tersepak yang oder mee udang kat sana. Pastu dah alang-alang ke Taiping ape lagi kite org gigih la cari jalan camne nak ke sana dengan menaiki bas IPGM Kampus Pulau Pinang. Rombongan Cik Kiah nak makan mee udang….yela, sekali sekala g sana memang la x lepaskan peluang nak merasa mee udang yang orang kata famous tu kan….akhirnye cari punye cari….usaha kami berhasilll…

23042009092 copy

hhehehhehe…..memang kedai tu ramai orang…semua tengah merasa masakan yang berasaskan udang yang ala-ala selambak gitu…Dah udang selambak, aku siap minta tambah lagi udang…ala dah nak makan, makan betul-betul ar. Bukan boleh mai selalu pun, tibai biaq cukup-cukup. kalo x percaya korang layankan je la gambar kat atas ni ek….memangla orang kata mee udang banjir, sebabnya udangnye memang banyak gile….Bagi aku mee ni boleh sangat ar makan, dari segi rasa dan kuantiti apa yang ada tu memang berbaloi ar…..Rasa nak kata sedap sangat tu dak jugak, tak sedap pun dak jugak…tapi hari tu sampai menjilat jari aku dibuatnya….Tunggu aku pasti ke sana lagi.

May
12

1

Selamat Hari Guru” – paling banyak sekali

“Teacher is like PEPSI “Ask 4 More”, Teacher is like NIKE “Just Do It”, “Teacher is like NOKIA, “Connecting People”, Teacher is like McDonald, “I’m Loving it” Happy Teacher’s Day!!.

“Kadang-kadang kwn mcm maggie; time susah kita cari, kadang-kadang tu cam Chipsmore; kejap ada kejap takda, kawan juga cam Astro; macam-macam ada, tapi buatku kawan tu cam L’Oreal kerana dirimu begitu berharga. Selamat Hari Guru…”

“Guru …dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijaksananya, dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi guru… Selamat Hari Guru.

“Some sees us as candle, some even thought we are angel, but deep inside we are normal person with one aim, to educate more people, Happy Teacher’s Day!!

May
12

Di Malaysia dan sebahagian besar negara lain pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun diadakan sambutan Hari Ibu. Pada hari ini anak-anak akan meraikan ibu mereka dengan berbagai cara. Tidak kiralah apa yang anda lakukan untuk ibu anda hari ini walaupun sekadar ucapan ringkas pasti menggembirakan ibu anda.

Walaupun begitu perlulah diingat bahawa menghargai ibu bukanlah cukup setakat satu hari sahaja. Sebagai umat Islam kita wajib mentaati dan menghormati ibubapa kita pada setiap masa. Ini boleh dilihat pada Firman Allah, bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya” (Surah al Ankabut, ayat 8).

Ini diperkuatkan lagi dengan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di mana dalam sebuah riwayat seorang lelaki datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya, “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?” Jawab baginda, “Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.

ibu2

Walau di mana atau siapa pun kita ingatan kepada ibu perlulah sentiasa segar dalam ingatan, tidak kiralah samada mereka masih bersama kita atau sudah tiada. Fikirkanlah, kita berada dalam perut ibu selama 9 bulan dan ibu bertarung nyawa semasa melahirkan kita. Jadi layanlah mereka sebaik mungkin, temanilah mereka sekerap yang boleh dan hargai jasa mereka sepanjang masa. Sentiasalah kita mendoakan ibu kita lebih-lebih lagi jika ibu kita sudah meninggal dunia.

May
11

BIG 1

Kursus Bina Insan Guru Siri ke 6-2009 telah dijalankan di Beringin Resort, Langkawi pada 5 mei hingga 8 mei 2009. Kursus kali ini dihadiri oleh pelatih dari Kumpulan KPLI Pemulihan, KPLI Pendidikan Jasmani dan KPLI Pengajian Bahasa Cina 1. Pelbagai aktiviti yang diadakan untuk memantapkan mental dan fizikal pelajar sebelum memasuki alam persekolahan pada masa hadapan.

Apr
24

Oleh : Ustaz Zainudin Hashim

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat. Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: “Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura ayat 88-89)

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian�daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan�anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

*� Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

*� Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah. – lanh

Apr
24

Oleh ZAINUDDIN ZAIN, NORAINON OTHMAN dan FUAD HADINATA YAACOB | metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Kecenderungan penduduk negara ini menggunakan botol air mineral plastik secara berulang kali untuk menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang maut.

Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.

Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan semula sekali atau dua sebelum dibuang.

“Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman,” katanya.

“Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM.

“Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg/kg tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan,” katanya.

Dr Jamal berkata, beg plastik makanan diperbuat daripada polyethylene (PE) dan PE tidak mengandungi VCM. Jadi penggunaannya tidak menyebabkan barah, namun masih tidak sesuai digunakan berulang-ulang.

Katanya, botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET) selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan ‘phthalates’.

Phthalates disyaki boleh meniru hormon manusia, tetapi ia tidak menyebabkan barah, namun ia boleh mengganggu fungsi hormon manusia.

“Jika peraturan ini tidak dipatuhi, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna. Peraturan mengenai pembungkus dan bekas makanan daripada PVC terkandung di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

“Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah,” katanya.

Dr Jamal berkata, penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci bersih dan melekat daki.

“Jika ragu-ragu mengenai jenis plastik yang boleh digunakan secara berulang untuk menyimpan makanan, sila rujuk kepada Bahagian Kawalan Mutu Kementerian Kesihatan,” katanya.

Kenyataan Dr Jamal mengesahkan laporan Buletin Pengguna mengenai bahaya penyalahgunaan botol plastik serta bekas makanan diperbuat daripada stirofom dan polisterin.

Buletin itu diterbitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Pengarah Komunikasi Fomca yang juga Timbalan Ketua Sidang Pengarang Buletin Pengguna, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya mengetengahkan bahaya penggunaan botol plastik berulang kali kerana ramai menggunakan botol air mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk.

“Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum perlu dibuang,” katanya.

Mohd Yusof berkata, kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak lagi amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik.

Katanya, penggunaan kertas akhbar dan majalah, selain bekas makanan diperbuat daripada stirofom atau polisterin, juga boleh mengakibatkan tersebarnya logam ke dalam tubuh.

“Kertas akhbar dan majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan. Apabila timah hitam ini ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah sebelum tersebar ke bahagian lain seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang. Ini cukup berbahaya dan tidak boleh dijadikan pembungkus makanan.

“Bahan pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi kajian mendapati ia mengandungi bahan unsur karsinogen,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohamed Siraj Razack, turut memberi amaran mengenai bahaya penggunaan botol plastik, bekas menyimpan makanan serta bahan pembungkus jenis stirofon atau polisterin yang disifatkannya pembunuh senyap.

“Bahan berasaskan plastik itu boleh digunakan sekali dua saja. Jika dibasuh berulang kali, bahagian dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan,” katanya.

Mohamed Siraj berkata, bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila terkena cahaya matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang ditinggalkan dalam kereta.

“Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan.

“Sebaiknya, untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat khusus untuk digunakan berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan panas dan khusus untuk menyimpan makanan,” katanya.

Mohamad Siraj berkata, kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas plastik tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus.

“Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar daripada plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas kimia.

“Kari panas dibungkus menggunakan bahan plastik juga amalan tidak baik dan kesannya sama seperti teh tarik bungkus,” katanya.

Mohamed Siraj berkata, semua barangan plastik diterima oleh pusat kitar semula. Sehubungan itu, kesedaran terhadap bahaya penggunaan bekas plastik secara berulang akan mengalihkan perhatian pengguna untuk mengitar semula barangan terbabit dalam menjaga alam sekitar.

Apr
24

Penggunaan plastik untuk membungkus makanan semakin popular kerana kelebihan yang ada padanya, contohnya tahan lama, teguh dan mudah digunakan, berbanding dengan pembungkus tradisional. Tidak hairanlah jika kita banyak bergantung kepada plastik sebagai satu bahan wajib dalam proses pembungkusan makanan, walaupun kaedah tradisional menggunakan sumber alam lebih murah harganya sehingga kita tidak menyedari bahaya plastik serta komponen-komponen kimia yang terkandung di dalamnya. Walaupun banyak maklumat disebarkan oleh pihak berwajib mengenai kesan kimia yang hadir akibat tindakbalas makanan dalam bahan pembungkusan namun disebabkan terlalu bergantung kepada plastik membuatkan sesetengah pihak, khususnya pengusaha makanan terpaksa mengabaikan kesannya dengan berharap agar bahan yang digunakan oleh mereka selamat.

Kandungan Kimia

Plastik yang dijadikan bahan pembungkus diperbuat daripada pelbagai bahan kimia seperti polietilina, polietilina terefatalat, propilina dan polivinil klorida. Selain itu, sejenis bahan pelembut (plasticizers) turut dimasukkan bagi membolehkan plastik yang hasilkan untuk pembungkusan ini bertekstur licin dan mudah dilentur atau dibentuk dalam pelbagai bentuk yang menarik. Bahan pelembut ini kebanyakannya terdiri daripada kumpulan phthalate. Manakala yang lainnya bergantung kepada jenis plastik, termasuk bahan pelekat yang digunakan dan dakwat untuk menandakan nama pengeluar.

Oleh itu, semua bahan kimia yang hendak digunakan untuk menghasilkan plastik pembungkus itu sendiri secara amnya perlu mendapat pengesahan daripada pihak berwajib sebelum boleh digunakan. Kebenaran untuk menggunakan hanya dapat diperoleh sekiranya bahan kimia yang hendak digunakan ini telah dapat disahkan sebagai selamat dan digunakn pada kadar yang telah ditetapkan. Paling penting, bahan kimia dan kadar penggunaannya tidak boleh mengakibatkan kanser kepada pengguna.

Kesan Yang Dialami

Secara amnya, tiada sebarang masalah dengan plastik pembungkus. Masalah hanya timbul jika plastik pembungkus itu diperbuat daripada PVC. Plastik pembungkus jenis ini didapati mengeluarkan bahan pelembut DEHA ke dalam makanan. Persoalannya, apakah makanan seperti itu dapat membahayakan ataupun tidak? Perkara ini dibangkitkan selepas satu kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Pengguna di Amerika Syarikat pada tahun 1998 mendapati terdapat bahan kimia DEHA di dalam keju yang dibungkus dalam plastik pembungkus yang diperbuat daripada PVC.

Kandungan DEHA yang dikenal pasti itu didapati berada pada kepekatan yang tinggi, iaitu lebih kurang 300,000 kali ganda had yang ditetapkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat.

Namun sehingga kini kesannya kepada pengguna masih belum dapat dipastikan. Tetapi daripada data kajian yang dijalankan terhadap haiwan, DEHA berupaya merosakkan sistem peranakan dan menghasilkan janin yang cacat, selain mengakibatkan kanser hati walaupun perkara yang sama tidak ditemui pada tikus.

Oleh Prof. Madya Rahmat Awang,Pusat Racun Negara, USM


Apr
24

langkawi-mahsuri

MAHSURI DAN SUMPAHAN TUJUH KETURUNAN

Mahsuri adalah anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Beliau telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri disebabkan oleh kecantikan serta penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya Mahsuri dihukum dengan hukuman mati. Pada hari hukuman, keris keramat kepunyaan keluarganya sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih yang membuktikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata. Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi akan menjadi kawasan yang mundur selama tujuh keturunan.Kebenaran sumpah itu telah terbukti apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan. Antara kebenaran lagenda atau terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju sekali lagi setelah tujuh keturunan dalam kepayahan.

MISTERI TELAGA TUJUH

Telaga Tujuh atau The Seven Wells adalah satu rangkaian tujuh telaga semulajadi yang airnya mengalir dari tujuh mata air. Dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi ini. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi masih belum berjaya. Air ini juga dipercayai mempunyai kuasa yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit.

LAGENDA MAT CHINCHANG DAN MAT RAYA

Mat Chinchang dan Mat Raya adalah diantara keluarga gergasi yang tinggal di pulau utama Pulau Langkawi. Disebabkan oleh saiz yang besar serta kekuatan tenaga yang dimiliki oleh mereka, bentuk mukabumi Langkawi telah berubah dengan dramatik. Lagenda meraka bermula, apabila Mat Raya bercadang mengadakan kenduri sempena pertunangan anak perempuannya dengan anak lelaki Mat Chinchang. Pada hari majlis itu berlangsung didapati anak lelaki Mat Chinchang telah berlaku sumbang dengan seorang dara dan ini telah mencetuskan kemarahan Mat Raya. Akibatnya, persahabatan dua keluarga ini telah terputus dan wujud permusuhan yang hebat serta pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Pergaduhan dua keluarga ini telah mengubah kawasan dipulau utama ini dimana tempat cincin pertunangan itu jatuh selepas dicampak dinamakan Tanjung Cincin. Kawasan dimana peralatan memasak itu pecah dinamakan Kampung Belanga Pecah, kuah yang mengalir itu dinamakan Pekan Kuah dan tempat dimana kuah itu meresap ke tanah dinamakan Kisap serta kawasan Air Hangat yang mempunyai perigi air panas berasal dari bekas memasak air yang telah pecah bagi majlis tersebut. Mat Raya dan Mat Chinchang pula telah bertukar menjadi gunung batu yang dikenali sebagai Gunung Raya dan Gunung Chinchang. Mat Sawar yang cuba menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah pertelingkahan ini telah bertukar menjadi sebuah bukit yang menjadi pemisah kepada dua gunung ini.

KAMPUNG AIR HANGAT

Telaga Air Hangat juga wujud akibat pergaduhan dua gergasi yang sama. Diantara pinggan mangkuk serta periuk belanga yang pecah terdapat beberapa bekas yang digunakan untuk memasak air panas. Tempat dimana tumpahnya air panas tersebut mengasilkan telaga air panas yang wujud sekarang. Terletak dikawasan Telaga Air Panas seluas 4 ekar, terbina kompleks moden yang didalamnya terdapat 3 tingkat pancutan air panas, mural lukisan tangan diatas batu sungai sepanjang 18 meter yang menceritakan lagenda disebalik kewujudan tempat ini, demostrasi harian tentang kraftangan tempatan dan tarian kebudayaan serta kedai-kedai yang menjual kraftangan. Terdapat juga kemudahan kedai makanan dan minuman yang menyediakan juadah tempatan disini. Kompleks ini terletak hanya 14 kilometer dari pekan Kuah.

PADANG MAT SIRAT

Padang Mat Sirat terletak 12 kilometer dari pekan Kuah. Selepas kematian Mahsuri, Langkawi telah diserang oleh Angkatan Tentera Siam. Rakyat tempatan telah membakar semua beras sebagai bekalan utama makanan bagi menghalang tentera Siam mendapat bekalan makanan untuk mereka. Diceritakan, mereka telah menanam beras tersebut didalam tanah sedalam 1 meter dan kesan beras terbakar tersebut masih lagi boleh dilihat hingga sekarang, lebih-lebih lagi selepas hujan. Tempat dimana beras terbakar itu dapat dilihat dinamakan Beras Terbakar dimana kebanyakan orang percaya boleh mengubat beberapa jenis penyakit.

PULAU DAYANG BUNTING

Tasik Dayang Bunting terletak di sebuah pulau yang membawa nama yang sama iaitu Pulau Dayang Bunting. Pulau yang berukuran 800 x 350 meter ini adalah pulau yang terbesar diantara gugusan pulau-pulau di Langkawi. Tasik Dayang Bunting ini dikelilingi dari setiap sudut oleh cerun curam yang ditumbuhi sepenuhnya oleh pokok-pokok dan dipisahkan dari laut oleh satu rekahan kecil melalui timbunan batu kapur. Struktur Geografi yang membentuk bukit-bukiau serta batu-batan disekeliling tasik ini seolah-olah menggambarkan seorang wanita yang mengandung sedang tidur terbaring. Namun begitu, tasik ini diberi nama sedemikian kerana mengambilkira satu lagenda lama yang mengisahkan perkahwinan seorang puteri kayangan dengan seorang putera raja kerajaan bumi. Anak yang lahir dari perkahwinan mereka in telah mangkat selepas saja ia dilahirkan. Oleh kerana puteri ini sangat sedih dan kecewa, beliau telah menyemadikan mayat anaknya ke dalam air tasik ini. Beliau telah meninggalkan bumi dan kembali pulang ke kayangan tetapi telah menjampi air tasik tersebut sebagai penawar kepada pasangan yang tidak dapat melahirkan anak. Dipercayai perempuan mandul akan dapat mengandungkan anak selepas mandi di tasik ini.