Faizalnayan.com
Cerita Seorang Guru

Debaran Anak Pertama

Debaran untuk disatukan sudah pun selesai. Tanggal 13 Ogos 2009 telah menyaksikan penyatuan dua jiwa ini ke jenjang pelamin. Tarikh itu juga menjadi titik permulaan kepada aku melayari kehidupan berumah tangga. Kini debaran aku dan Yanty Idayu menantikan kehadiran cahaya mata bukan sekadar mimpi indah malah menjadi realiti.

1

MZL_6977

18

Bagi aku, debaran hati isteri tetap sama seperti ibu yang lain yang sedang menantikan kelahiran anak sulung. Perasaan seronok dan teruja tidak mampu dibendung lagi walaupun kandungannya baru sahaja mencecah empat bulan. Kadangkala pelik bercampur gembira aku melihat perubahan yang berlaku pada isteri. Sampai satu tahap isteri aku tidak boleh terhidu bau makanan. Aku yang untung, sapu bersih…heheheheh. Tapi perasaan kesian dan takut tetap ada kerana takut membawa kesan kepada kandungnya.

Setiap kali aku melihat kad kesihatan isteri, terasa kesian yang sangat kepada beliau, aku sekarang berada di Pulau Pinang dan beliau berada di Kedah. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku semasa ketiadaan aku. Aku hanya boleh memeriksa kad kesihatan dan perkembangan kesihatan isteri serta keadaan kandungan pada hujung minggu apabila aku pulang ke Kedah. Dalam keadaan yang sibuk dengan kerja di pejabat, isteri aku perlu mengikuti jadual pemeriksaan kandungan untuk memastikan kandungan sihat. Yang pastinya, aku belum berkesempatan menemani isteri aku menjalani pemeriksaan kandungan. Tidak tahu bila aku berkesempatan untuk melihat sendiri anak dalam kandungan kerana setiap kali waktu pemeriksaan aku berada di Pulau Pinang. Sabar je ar…..masa akan tiba juga.

Pengalaman menjadi bapa kelak sememangnya aku tunggu-tunggu. Macam mana nak mendukung anak, dah ar aku ni jenis suka gelak, tak pandai nak serius…..mesti gelak ar nanti. tapi aku akan jadi bapak yang terbaik di dunia. Nanti bila hari bapa aku dapat hadiah dari anak-anak.hehehehe.

Dari segi persediaan pula, aku tidaklah bersedia sangat sebenarnya. Kata orang tua-tua, kita tak perlu beria-ia membuat pelbagai persediaan. Takut yang buruk berlaku pula. Jadi bila masuk sahaja bulan ke tujuh barulah aku mahu buat persedian sepenuhnya. Harapan tu, moga-moga anak yang di kandung tu sihat dan sempurna dari segi fizikal dan mental serta mampu jadi manusia yang berguna di dunia dan diakhirat…Amin.

No Responses to “Debaran Anak Pertama”

Leave a comment